KECELARUAN BAHASA
Baiklah hari ini saya akan meneruskan penulisan blog saya yang terakhir iaitu mengenai Kecelaruan Bahasa. Kecelaruan bahasa juga dikenali sebagai disleksia. Oleh itu, apa itu disleksia? Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak mengaitkan simbol visual dengan bunyi. Sebagai contoh, mereka mengalami kesukaran membaca,menulis,memahami,mengeja dan mengira. Disleksia ini bukanlah sejenis penyakit tetapi disleksia ini hanya gangguan dalam pembelajaran ketika di peringkat kanak-kanak sahaja. Secara literalnya, disleksia bermaksud ‘kesukaran dalam berbahasa’ (Ott dalam Sheila dan Samsilah Roslan,2006) tetapi mereka tetap mempunyai pemikiran yang normal seperti orang lain. CIRI-CIRI DISLEKSIA 1) Lambat bertutur 2) Mengalami kesukaran sebutan atau rima 3) Sukar menulis nama sendiri 4...