Catatan

KECELARUAN BAHASA

Imej
  Baiklah hari ini saya akan meneruskan penulisan blog saya yang terakhir iaitu mengenai Kecelaruan Bahasa. Kecelaruan bahasa juga dikenali sebagai disleksia. Oleh itu, apa itu disleksia? Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak mengaitkan simbol visual dengan bunyi. Sebagai contoh, mereka mengalami kesukaran membaca,menulis,memahami,mengeja dan mengira. Disleksia ini bukanlah sejenis penyakit tetapi disleksia ini hanya gangguan dalam pembelajaran ketika di peringkat kanak-kanak sahaja. Secara literalnya, disleksia bermaksud ‘kesukaran dalam berbahasa’ (Ott dalam Sheila dan Samsilah Roslan,2006) tetapi mereka tetap mempunyai pemikiran yang normal seperti orang lain. CIRI-CIRI DISLEKSIA 1)  Lambat bertutur 2)  Mengalami kesukaran sebutan atau rima 3)  Sukar menulis nama sendiri 4)  Sukar mengenal b

PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

Imej
Hari ini saya akan meneruskan penulisan blog saya tentang topik yang kedua iaitu Pemerolehan Bahasa Kedua. Oleh itu, apakah yang anda faham tentang pemerolehan bahasa kedua? Pemerolehan bahasa kedua ialah mempelajari bahasa selain bahasa ibunda masing-masing. Sebagai contoh, orang Melayu mempelajari bahasa kedua seperti bahasa Tamil,Mandarin,Inggeris dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (1987), sesetengah individu mempelajari bahasa kedua kerana hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. Mereka perlu mempelajari bahasa lain selain bahasa ibunda untuk memudahkan sebarang komunikasi. Misalnya, seseorang yang baru tiba dalam masyarakat baru itu dianggap asing.Dia tidak akan berasa tersisih atau terasing jika dapat menguasai bahasa masyarakat tersebut.   DEFINISI BAHASA KEDUA Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) maksud bahasa kedua ialah bahasa yang kedua dipelajari seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh. Bahasa kedua ini adalah bahasa asing yang dipelajari u

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian. Hari ini saya akan menulis blog mengenai topik yang pertama iaitu Pemerolehan Bahasa Pertama.   SIAPAKAH YANG TELAH MEMULAKAN KAJIAN TERHADAP PEMEROLEHAN BAHASA?   Pemerolehan bahasa telah dimulakan oleh Tiedemann iaitu seorang ahli biologi  berbangsa Jerman pada tahun I787. Kemudian, kajian tersebut diikuti oleh Charles Darwin. Kajian-kajian yang seterusnya dilakukan oleh Preyer ( 1882) dan Sally (1885). Terdapat juga kajian-kajian lain yang telah dijalankan. Pemerolehan bahasa dikatakan bermula sejak bayi itu dilahirkan lagi iaitu melalui konteks sosial sebelum mereka mula bercakap. Konteks sosial sangat penting untuk membantu bayi tersebut memahami dan mempelajari bahasa Oleh itu. ibu bapa akan mendedahkan objek-objek harian yang terdapat di persekitaran kepada anak mereka.Pendedahan yang diberikan akan membantu perkembangan komunikasi bayi tersebut walaupun pada peringkat awal, bayi tersebut belum mampu untuk menghasil

Salam perkenalan!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua.Sebelum saya menerangkan dengan lebih mendalam tentang topik kita iaitu "PSIKOLINGUISTIK" Izinkan saya berkongsi sedikit mengenai biodata saya.  Saya Muhammad Ikhmal bin Mohamad Sabri berasal dari Alor Setar Kedah. Saya merupakan seorang mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) dan mengambil kos Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(Bahasa Melayu) dengan kepujian.  Saya berharap dapat membantu sahabat-sahabat sekalian dalam usaha untuk memahami bidang psikolinguistik ini. Antaranya, saya akan menulis blog berkaitan topik Pemerolehan Bahasa Pertama,Pemerolehan Bahasa Kedua dan Kecelaruan Bahasa.